Friday, 30 January 2015

Kedudukan Wanita


a) Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin.  

b) Pada Zaman Empayar seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun Hatshepsut (1501 - 1479 S.M.). 

 c) Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.  

d) Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain. 

 e) Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi.

Sistem Pemerintahan






a) Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja, iaitu firaun.  

b) Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus, dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara.
 
c) Golongan bangsawan ini merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat, dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki. d) Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.  

e) Urusan pentadbiran ini juga turut dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.