Friday, 30 January 2015

Sumbangan Tamadun Mesir Purba 2


J Patung Firaun DjoserPencapaian Mesir Purba memang terserlah dalam pembinaan tetapi yang lebih utama lagi ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas.Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok "papyrus" yang banyak hidup di Lembah Nil.

J Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batubata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.




- Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya,iaitu hieroglif.

- Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.



- Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan.

- Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah.Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.

- Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dna terlatih.

- Ilmugeometri,matematik,dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian,pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.

- Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan.

- Meraka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat.

- Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayatberkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.

- Tahap keilmuan dann kemahiran terutamanya dalam bidangfizik,kimia,perubatan,dan pembebahanmemberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga hari ini.

- Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.

- Perkembanganilmu matematik seperti algebra,geometri,dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun.

- Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.

- Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III,beliau telah membina sebuah temnok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar.


- Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sisem kalentdar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.



No comments:

Post a Comment