Thursday, 22 January 2015

Lokasi

☺ Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah
daripada Sungai Nil ke Laut Mediterranean.

☺ Mesir Purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali     sebagai Mesir Hulu dan Hilir.

☺ Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu (Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil.

 Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara.

☺ Sungai Nil, yang merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu.

☺ Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur.


☺ Tanah lanar yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia.

No comments:

Post a Comment