a)Apabila
Firaun Menes (3200 S.M.) berjaya menyatukan kesemua 11 nome ini menjadi sebuah
kerajaan,
b)beliau
telah mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis yang terletak di
bahagian tengah Sungai Nil.
c) Selepas
itu, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Memphis yang hampir dengan
delta Sungai Nil.
d) Pada
kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar
Thebes.
e) Selain
itu, terdapat beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis, Fayourn dan
Abydos.
f) Kehidupan di bandar merupakan salah satu
ciri yang sangat penting dalam tamadun Mesir kerana di sinilah tempat kediaman
firaun, pusat maklumat pemerintahan dan pentadbiran, dan juga pelabuhan penting
bagi tamadun ini.
g) Selain itu, bandar juga merupakan pusat
keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.
No comments:
Post a Comment