a)
Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat Mesir Purba diketuai oleh firaun yang
merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.
b) Jawatan firaun (raja Mesir) diwarisi secara
turun-temurun.
c) Pada
zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus,
d) Tetapi
semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja
Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon
Re.
e) Firaun juga merupakan ketua pendeta,
pemilik tanah, ketua hakim, dan ketua pahlawan.
f) Selepas
firaun ialah golongan bangsawan, rahib, tuan tanah serta jurutulis.
g) Ini diikuti dengan golongan rakyat bebas
yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan.
h) Lapisan yang terkebawah ialah hamba.
No comments:
Post a Comment